Kelas Komponen Komputer dan Advokasi

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komponen Komputer. Kelas ini telah disertai oleh 7 orang peserta iaitu terdiri daripada 5 lelaki dan 2 perempuan. Mereka telah diberi latihan untuk melukis gambar rajah komputer dan komponen penting dalam set komputer. Selain itu, mereka dikehendaki untuk melabel fungsi komponen komputer seperti tetikus, speaker, papan kekunci dan printer. Di akhir kelas telah diberikan taklimat advokasi.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali